Memancing udang galah adalah salah satu kegiatan yang popular di negara ini. Diantara kawasan yang menjadi tumpuan bagi pemancing udang galah ialah di sekitar sungai Tutong, Temburong, Belait & sesetengah kawasan di Brunei Muara.
Saya sendiri adalah salah seorang pemancing udang galah. Memang susah belajar cara-cara memancing udang galah tetapi atas usaha dan bantuan dari pemancing lain..alhamdulillah, berbaloi...
Sungai Kuala belait adalah sungai yang terdalam di negara ini, di kawasan ini memang sedikit sahaja kawasan memancing udang galah memandangkan sungai-sungai jauh dari jalan raya. Memancing di Kuala Balai adalah antara tempat paling best tetapi pada masa ini, kawasan tersebut telah terbiar dan semak. Udang Galah di sana memang besar dan umphh! Tapi kena lah berhati-hati...di mana ada udang, di situ ada buaya.
Sungai Tutong adalah antara kawasan yang paling glamour bagi pemancing-pemancing udang galah kerana di sepanjang sungai pekan tutong tersedia tebing sungai yang selamat bagi pemancing. Jika musim kemarau, pemancing akan pergi ke hulu sungai tutong. Sungai Tutong memang tempat bagi pemancing udang galah.
Sungai Temburong pula adalah salah satu kawasan yang sama hebatnya seperti di sungai Tutong. Sungai Temburong popular dengan cabang-cabang sungai yang banyak, jika sungai ini tidak ada maka pemancing akan pergi ke sungai lain. Kebanyakan pemancing di sini menggunakan perahu untuk pergi ke suatu spot yang paling best.
Sekian.
|
Kg Lubok Meranti |
|
Mumong |
|
Riong |
|
Hasil Di Sungai Pendaruan |
|
Sungai Pendaruan |
|
Kg Lubok Meranti |
|
Kg Lubok Meranti |
|
Kg Lubok Meranti |
|
Sungai Ukong, Tutong |
|
Sungai Ukong, Tutong |
|
Sungai Ukong, Tutong |
|
Pengkalan Dong |
|
Pengkalan Dong |
|
Pengkalan Dong
|
No comments:
Post a Comment